Pengikut D.A.U

Definisi Chasis Bas


HINO 

Ada 3 jenis cesi utama bas Hino di Malaysia : 

a) AK - Enjin Depan, 8 nat (studs). AK1JRKA ada 6 speed syncromesh manual gearbox. 

b) RK - Enjin Belakang, 8 nat (dulu 10 studs). 

c) RM - Enjin belakang juga, tetapi ada 10 nat. Air suspension (belon). 

Untuk AK1JRKA/ RK1JKA/ RM2KSKA.... (Sila lihat 
kod tengah) 
AK"
1J"RKA.... RK"1J"KA...... RM"2K"SKA... 

~ "1J" = Enjin J08C - 7961cc 
~ "2k" = Enjin K13D - 13267cc 

NISSAN 
Ada 4 jenis cesi bas Nissan di Malaysia : 

a) NU41B - Cesi utk bas mini/coaster, 6 studs 

b) LKA211N - Cesi bas midi (contoh bas mini Seranas Shah Alam), 4 studs 

c) JP251P - Enjin belakang, turbocharge, 7,000 cc, 4 studs 

d) JA450S/452S - Enjin belakang, turbo intercooler, air suspension. 12,000 cc, 10 studs 

~ Semua pakai 6 speed synchromesh manual gearbox. 

SCANIA 
Bagi cesi Scania abjad pertama menunjukkan posisi enjin. 
K = vertical engine, L = condong 60 darjah, N = transverse engine 

Kemudian diikuti dengan kapasiti enjin dan generasi cesi. 
a) K
113 = enjin 11 liter generasi ke-3. 
Untuk generasi ke-3, di belakang nombor tersebut ada tiga abjad lagi bagi jenis cesi. 

~ K113CRB ada dua versi, 310hp dan 320hp, samada gear panjang/ pendek (production tahun 1995-97).

Maksud CRB = single deck, right-hand drive, normal floor height, CRL = low floor 
Juga, DRB = double deck, ARB = articulated, ARL = articulated, low floor 
* Bagi gear panjang (jenis fully manual control) dengan 8 speed guna Hi-Low range gearbox. Advantagenya jika rosak switch tidak semahal gear pendek. Untuk Hi-Low kena pandai main switch, 4 gear untuk switch atas dan 4 gear lagi untuk bawah. 

* Bagi gear pendek @ comfort shift ada 7 speed. Lebih kurang fungsi Auto-manual gear. Paling selesa pada pemandu. 

* Juga dilengkapi dengan Retarder . Dimana fungsinya untuk perlahankan kelajuan bas tanpa gunakan brek. Dengan mengawal rotation enjin/axle dan akan perlahankan bas dengan dropnya ratio. Paling baik digunakan untuk menuruni bukit tanpa menggunakan brek bas anda sepenuhnya. 

b) K
94 = enjin 9 liter generasi ke-4. 
Untuk generasi ke-4, dibelakang 2 nombor tersebut ada 2 abjad lagi yang menunjukkan jenis cesi. 

~ K94IB 310hp/ K114IB 380hp/ K124IB 360hp 
~ K94UB 310hp 

Maksud IB = intercity bus chassis/ EB = Express Bus/ UB = urban bus chassis/ UA = urban articulated chassis. 

VOLVO 
Bagi cesi Volvo mesti bermula dengan huruf B. "B" bermaksud 'Bakbus' (bas) dalam bahasa Sweden. Kemudian, diikuti dengan nombor yang menunjukkan kapasiti enjin. 

Contoh: B
7R/ B10M 
Kapasiti enjin = 
7 liter/ 10 liter 
Huruf belakang menunjukkan kedudukan enjin, 
R = rear-vertical engine, M = mid-engine, , B = rear-horizontal engine, T = transverse engine, LE = Low Entrance, A = Articulated 

Kesimpulannya: B7R = enjin 7 liter di belakang/ B10M = enjin 10 liter di tengah, 

MERCEDES BENZ 
Bagi cesi Mercedes selalunya bermula dengan dua abjad. 
Abjad pertama mesti huruf O = Omnibussen. Abjad keduamenunjukkan kedudukan enjin. 
Contoh: OF = enjin depan, OH = enjin belakang 
Terkini, mempunyai 3 abjad yang menunjukkan fungsi cesi itu 
Contoh: CBC = City Bus Chassis, IBC = Intercity Bus Chassis 
Selepas huruf-huruf ni, ada 4 nombor. 
Abjad pertama dan kedua menunjukkan Berat Dengan Muatan (Gross Vehicle Weight @ GVW). Abjad ketiga dan keempat pula menunjukkan horsepower dibahagi 10. 
Contoh: CBC 
1725 = City Bus Chassis, GVW 17 tan, 250 hp 
Seterusnya, ada abjad akhir di belakang 4 nombor tu menandakan ada penambahan. 
Contoh: OH1627L = enjin belakang, GVW 16 tan, 270 hp 

"L" bermaksud ada Intercooler (jika tidak silap) 

Di Malaysia kebiasaannya jenis MB 1318, 1418, 1521, 1621, 1627L (V8), 1632, 1725 

MAN 
Bagi cesi ini mempunyai 5 abjad yang menunjukkan GVW serta hp nya. 
Abjad pertama dan kedua menunjukkan GVW,Abjad ketiga hingga kelima pula menunjukkan horsepower. 
Contoh: 
18.250 = GVW 18 tan,250 hp 

Di Malaysia kebiasaannya model MAN 16.290 (gear terbalik), 18.250, 18.310, 18.313, 18.400, 24.400, 24.460

Antara jenis cesi: 
SL - stands for Sonderaufbauten Linienbusse (Super structure city bus) 

Di Malaysia jenis SL292 = Bas bandar generasi ke-2 dengan ketinggian lantai biasa dan enjin 290 hp. 

SÜ- stands for Sonderaufbauten Überlandbusse (Super structure touring coach) 

HOCL - stands for Hochboden Linienbus (high-floor buses) 

HOCLN - stands for Hochboden Linienbus - Nachlaufachse (high-floor / dd coach tri axle) 

HGOCL - stands for Hochboden Gelenkbusse (high-floor articulate) 

DAEWOO 
Di Malaysia kebiasaannya model BH115E, BH115L, BH120E, BH120F V8, BV120CN (CNG), BH116M 

Model lama : 
BH115 E & L, (290hp-320hp ) 
BH120E V8 standard 
BH120F V8 turbo 

Model baru /Manual BH116M (tahun 2009): 
BH117K CNG (Doosan; 290-310hp)

ISUZU 
Biasanya model V10SS, CJR580, LV771 V10, LV423RR 

**petikan info dari laman blog "pae-koleksibasdantruck"